? ??????????????Love to Hate? ????? ?? ???Rating: 4.7 (55 Ratings)??5299 Grabs Today. 27199 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (44 Ratings)??4824 Grabs Today. 21939 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, July 14, 2010

Pembalakan Haram

Aktiviti pembalakan di Lembah Belum-Temenggor yang tidak terkawal bukan sahaja menyebabkan kemusnahan hutan serta pencemaran sungai malah mengancam hidupan liar selain menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di hutan hujan tertua itu.

Sehubungan itu, masyarakat Orang Asli di situ merayu kerajaan negeri bertindak menghentikan pembalakan serta menyelamatkan Lembah tersebut daripada terus dimusnahkan.

Agar Uda, 48, salah seorang penduduk Orang Asli yang ditemui memberitahu, suku kaumnya seramai 100 orang daripada 28 keluarga berhadapan dengan masalah apabila air sungai menjadi semakin cetek.

``Tasik Temenggor penting bagi Orang Asli kerana kami menggunakan jalan air untuk berhubung dengan masyarakat luar, membeli barang keperluan, menghantar anak-anak ke sekolah dan ahli keluarga yang sakit ke hospital,'''' katanya.

Kerakusan pembalak juga menyebabkan sungai menjadi cetek sehingga tidak boleh dilalui oleh bot yang menjadi pengangkutan utama kepada Orang Asli.

Sekiranya usaha mengawal pembalakan tidak segera dilakukan, dikhuatiri hutan hujan tertua di dunia yang mempunyai keluasan seluas 300,000 hektar atau hampir empat kali ganda Singapura itu akan musnah begitu sahaja dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Agar berkata, penduduk di situ berhadapan dengan kesukaran apabila ada penduduk sakit kerana klinik di Kampung Pos Chiang hanya dikunjungi oleh doktor dan sukarelawan kesihatan sekali bulan.

``Bayangkan jika tiba-tiba sahaja ada orang kampung sakit dan kami perlu menghantarnya ke hospital dan kebetulan pula bot tidak boleh bergerak kerana air cetak,'''' katanya yang juga merupakan bekas anggota Pasukan Gerakan Am.

Tok Batin Kawah, 44, yang tinggal di Kampung Pos Sungai Chueh meminta kerajaan membanteras aktiviti pembalakan kerana ia mengancam kehidupan harian mereka.
Beliau yang menjadi ketua kepada 10 keluarga Orang Asli suku Jahai memberitahu, kegiatan pembalakan menyebabkan aktiviti berburu yang menjadi amalan tradisi mereka terjejas kerana bintang liar semakin sukar ditemui.

Tambahnya, penempatan mereka juga semakin panas dan tidak selesa kerana banyak pokok yang meredupkan kawasan kediaman mereka sudah ditebang.
Sementara itu, Aheng, 44, meminta kerajaan negeri mewujudkan zon larangan memancing kerana kegiatan memancing di Tasik Temenggor semakin tidak terkawal.
``Mahu menangkap ikan cukup susah ketika ini kerana ikan semakin kurang akibat aktiviti memancing yang tidak terkawal dan air sungai kotor berpunca daripada kegiatan pembalakan,'''' katanya.

Seorang pemandu pelancong di Lembah Belum-Temenggor, Mohammad Mohd. Yusof, 40, berkata, dulu pengunjung dapat melihat binatang liar seperti gajah, harimau serta rusa makan dan minum di tepi sungai dengan mudah.

``Keadaan bagaimanapun berbeza sekarang kerana banyak bintang liar lari masuk ke hutan. Hanya pengunjung yang benar-benar bernasib baik berpeluang bertentang mata dengan haiwan tersebut,'''' katanya yang berpengalaman lima tahun menjadi pemandu pelancong.

Lina Teoh yang merupakan bekas Ratu Malaysia dan juga selebriti dijemput menyokong Kempen Selamatkan Belum-Temenggor 2006 anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) pada 20 April ini turut mengesa agar semua pihak bekerjasama memelihara Lembah Belum-Temenggor.

``Lakukan sesuatu untuk menyelamatkan Lembah Belum-Temenggor. Jangan tunggu dan lihat sahaja kemusnahan berlaku di depan mata kerana pepatah ada menyebut `mencegah lebih baik daripada merawat,'''' katanya.

sumber:www.mns.org.my

Thursday, July 8, 2010

ALAM SEKITAR

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesies flora dan fauna,bahan mineral,tanah yang subur,air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

Di tambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh,rakyat malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka.Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menaggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad.Sebenarnya,sumber-sumber alam semakin berkurangan.

Pemusnahan hutan,pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia.Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar.